SEORANG bekas Setiausaha Politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka yang ditahan bersama isterinya kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3 juta bakal direman esok.
Beliau yang juga bekas Timbalan Exco Kerajaan Negeri berbuat demikian sebagai balasan membantu sebuah syarikat dilantik sebagai konsesi projek penambakan laut di sekitar Melaka.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 2 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
“Siasatan awal mendapati suspek yang bergelar Datuk Wira itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Februari hingga November 2021.
Baca artikel lain: Op Selamat 25: PDRM kenal pasti 25 hotspot di lebuh raya utama
“Pasangan suami isteri ini disyaki menggunakan wang rasuah tersebut untuk membeli sebuah unit kondominium di sekitar Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.
Kata beliau, kedua-dua suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi permohonan reman.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

