[V] Angkat kisah ibu bapa bercerai punca anak trauma, iklan raya lakonan Amir Nafis, Pekin Ibrahim & Mona Allen tarik perhatian umum

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

IKLAN Hari Raya yang dijayakan oleh pelakon berbakat, Amir Nafis, Pekin Ibrahim dan Mona Allen meraih perhatian warganet kerana mengangkat kisah anak yang trauma kerana perceraian ibu bapa.

Meraih hampir 230,000 tontonan di TikTok, iklan Raya Bateriku yang berjudul Battery Killer Raya ini dikongsikan semula oleh pengguna aplikasi X dan mendapat komen positif.

@bateriku.com

Iklan Raya 2025 | Battery Killer Raya ?? Adakah Battery Killer bakal mengganas atau kembali ke pangkal jalan di Hari Raya ini? ? Ingat! Bateriku beroperasi seperti biasa di Hari Raya ini. Dapatkan diskaun RM30 dengan promo code RAYA30 semasa menukar bateri kereta! Jangan biarkan anak anda menjadi BatteryKiller seterusnya! TukarSebelumKong ✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ✨ Ikhlas dari kami, Bateriku.com! ?? @imamirnafis @mona_allen @pekinibrahim74 Baterikudotcom CarBreakdown Baterikong HariRaya IklanRaya

♬ original sound – Baterikudotcom – Baterikudotcom

Menjadi episod terakhir kepada siri Battery Killer, video ini akhirnya merungkai identiti sebenar Battery Killer, watak Syawal yang dilakonkan oleh Amir.

Dalam penceritaan dramatik ini, Syawal digambarkan sebagai individu yang ‘membunuh’ bateri kereta orang lain setiap kali musim perayaan, berpunca daripada trauma masa kecilnya.

Dalam iklan ini, Syawal mengalami trauma selepas menyaksikan ibu bapanya bertengkar teruk ketika perjalanan pulang ke kampung pada musim Hari Raya 15 tahun lalu.

Punca pergaduhan mereka adalah masalah bateri kereta yang akhirnya membawa kepada perceraian. Kesan daripada insiden itu, Syawal membesar dengan perasaan dendam dan memilih untuk menyebabkan kesusahan kepada orang lain dengan merosakkan bateri kereta mereka.

Iklan ini turut memaparkan kesan jangka panjang perceraian terhadap anak-anak. 

    Syawal yang kini dewasa sering merasa kesepian setiap kali musim perayaan kerana keluarganya sudah tidak lagi lengkap.

    Namun, dalam satu babak emosional, bapanya yang dilakonkan oleh Pekin akhirnya meminta maaf atas kesilapan lalu, menyedari pertengkaran mereka telah memberikan kesan mendalam kepada Syawal.

    Di platform media sosial, ramai yang memuji keberanian iklan Raya ini dalam mengangkat isu serius seperti kesan perceraian dan kepentingan penyelenggaraan kenderaan menjelang musim perayaan.

    Selain itu, ramai yang turut mengapresiasi kritikan sosial yang disampaikan dalam iklan ini. Rata-rata warganet berpendapat pertengkaran ibu bapa di hadapan anak-anak boleh meninggalkan kesan trauma yang berkekalan.

    Mereka menekankan walaupun isu bateri kereta kelihatan remeh, ia boleh menjadi punca konflik besar dalam keluarga, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.

    Ada juga yang mengaitkan mesej iklan ini dengan peningkatan kes perceraian dalam kalangan selebriti dan influencer, di mana anak-anak sering menjadi mangsa keadaan apabila kisah peribadi ibu bapa dikongsikan di media sosial.

    Selain itu, ramai yang melihat iklan ini sebagai satu peringatan buat ibu bapa agar tidak terlalu ego untuk meminta maaf kepada anak-anak. 

    Mereka menegaskan anak juga mempunyai perasaan dan perlu diperlakukan dengan hormat, seperti mana orang dewasa mahu dihormati.


    Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
    Ikuti langkah ini:
    Langkah 1: Layari utusantv.com
    Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
    Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
    Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

    Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

    Berkaitan

    Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

    PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

    More Articles Like This