BALAI Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi hari ini bergegas ke Jalan Niaga 9, Kota Tinggi, selepas menerima panggilan khidmat khas menangkap ular.
Sepasukan anggota pasukan Alpha Selatan telah dikerahkan ke lokasi kejadian kira-kira pukul 10.35 pagi.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati benar terdapat seekor anak ular sepanjang kira-kira 30 sentimeter berada di dalam kedai.
“Ketua Operasi Saiful Afiz telah mengarahkan anggota menangkap ular tersebut dengan menggunakan penjerut ular,” kata kenyataan itu.
Anak ular tersebut berjaya ditangkap dan dilepaskan di habitat asal jauh dari kawasan penduduk.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

