[VIDEO] Siti Nurhaliza zahir penghargaan kepada anggota bomba ‘Ops Cenderawasih’ kebakaran hutan di Pekan, Pahang – Yayasan Nurjiwa santuni & hulur sumbangan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BIDUANITA Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan penghargaan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang terlibat dalam operasi memadam kebakaran hutan di Pekan, Pahang.

Pelantun lagu Raya Nak Ke Mana? itu mengucapkan terima kasih khasnya buat anggota JBPM yang terlibat dalam Ops Cenderawasih di Pekan sejak awal Ramadan sehingga 23 Mac lalu.

“Terima kasih kerana bersiap sedia berkorban masa dan tenaga untuk memastikan rakyat dalam keadaan selamat dan terima kasih kerana bertungkus lumus memadam kebakaran hutan yang berlaku,” katanya.

Justeru, Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan berupa kotak makanan Sumbangan Nur Muhammad kepada 150 anggota terpilih yang disalurkan melalui Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Pahang.

“Kami berharap bantuan Yayasan Nurjiwa ini dapat meringankan dan memberikan kegembiraan kepada anggota bomba terlibat,” katanya yang juga Pengasas dan Pengerusi Bersama Yayasan Nurjiwa.

Pengerusi Perisma Pahang, Suraya Jusoh berkata, bantuan berkenaan sudah diserahkan kepada semua petugas yang terlibat pada operasi di Cenderawasih, Pekan dalam satu majlis serahan di Balai Bomba dan Penyelamat Pekan pada Rabu lalu.

“Setinggi penghargaan buat Yayasan Nurjiwa atas keprihatinan dan pada pihak kami ia sangat bermakna lebih-lebih lagi menjelang sambutan Syawal tidak lama lagi,” ujarnya.

Pada majlis berkenaan Suraya menyerahkan bantuan berkenaan kepada Pengarah JBPM Pahang iaitu Mohd Razam Taja Rahim untuk diagihkan kepada 150 anggota yang terbabit.

Mohd Razam turut mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Nurjiwa dan terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan kepada anggotanya.

“Terima kasih atas sumbangan dan penghargaan ini, untuk makluman Alhamdulillah kebakaran hutan di Pekan sudah dikawal sepenuhnya pada 23 Mac lalu,” katanya.

Turut hadir pada majlis serahan itu ialah Timbalan Pengarah JBPM Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman , wakil Ketua Zon 1, pegawai-pegawai Kanan serta ahli-ahli Perisma Pahang.

Terdahulu, pada 16 Mac lalu penyampai radio Fizie Roslan bersama Hasmah Mohamad menerusi program Setulus Kasih Ramadan Mammy Mineral Essence turut meluangkan masa berbuka puasa bersama anggota bomba terlibat di lokasi kebakaran berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This