Cetak rompak alaf baharu, buat untung atas angin jual rakaman konsert secara haram di Youtube

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENGARAH Urusan Rumah Produksi Merah (RPM), Datuk Eddy Amir Salim memberi amaran tegas kepada pihak tidak bertanggungjawab yang memuat naik konsert TRIAD secara haram di platform Youtube untuk menurunkan kandungan tersebut.

Eddy yang juga rakan kongsi bersama vokalis Wings, Datuk Awie berkata, mereka sudah mengenal pasti beberapa akaun yang menjual video terbabit tanpa kebenaran kepada pengguna.

Malah, pihaknya juga bakal mengambil tindakan perundangan sekiranya pihak-pihakt terbabit masih berdegil mengaut keuntungan secara untuk berbuat demikian.

“Individu terbabit membeli tiket konsert anjuran RPM di tempat paling hadapan dan membuat rakaman penuh, malah ada juga yang mengadakan sesi siaran langsung sehingga ke akhir.

“Kemudian, mereka muat naik di platform media sosial secara langsung selain turut dikongsikan di Youtube dengan mengenakan caj langganan antara RM17 hingga RM60 sebulan.

“Ini adalah cetak rompak alaf baharu. Jika tidak dibendung boleh menjejaskan penganjur konsert seperti kami. Bayangkan berapa banyak mereka boleh buat duit hasil kerja haram ini?

“Kami bukan bercerita mengenai kerugian, tetapi impak kepada keseluruhan industri muzik terutama hak penggiatnya,” katanya  kepada URTV.

Eddy berkata demikian ketika ditemui di Majlis Iftar RPM dan pengumuman konsert ulang tahun empat dekad Wings, di Petaling Jaya, malam tadi.

Isu terbabit mula dipandang serius selepas menyedari konsert TRIAD yang mengabungkan tiga band iaitu Search, Wings dan Dragon Malaya di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Februari lalu dicetak rompak.

Eddy juga menyuarakan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam tempoh terdekat bagi membincangkan masalah yang berlaku.

“Ini bukan isu baharu. Sudah banyak konsert lain pernah menjadi mangsa sekali gus pertemuan ini diadakan bagi mencari kata sepakat dan meminta bantuan kerajaan mengekang permasalahan ini dari terus berleluasa.

“Kalau hendak diikutkan, kami boleh mengambil tindakan berdasarkan amaran yang tertera di tiket iaitu larangan untuk membawa peranti dan merakam sepanjang konsert berlangsung.

“Tapi, kami belum sampai ke tahap itu sebaliknya beri amaran dahulu minta mereka menurunkan kandungan tersebut di plaform media sosial masing-masing,” tegasnya.

Pada masa sama, Eddy akui berang apabila pihak berkenaan bukan sahaja mengaut keuntungan berlipat kali ganda secara atas angin, tetapi turut mengganggu proses RPM menjual kandungan kepada pihak stsen televisyen berlesen.

Dalam pada itu, Awie juga akui terkilan apabila ada pihak sengaja menjual barangan eksklusif Wings tanpa kebenaran.

“RPM adalah pengeluar sah kepada semua barangan eksklusif Wings, tapi masih ada pihak tidak bertanggungjawab menciplak dan menjualnya secara haram.

“Ini juga antara masalah yang kami hadapi ketika ini sejak lama dahulu. Seperti beberapa siri konsert Wings yang ‘dijual’ tanpa kebenaran kami, barangan premium Wings turut terjejas,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This