[VIDEO] Anes Ayunie dikecam riak, sengaja tunjuk beli emas 15kg!

Dari Penulis

PERSONALITI media sosial yang juga usahawan, Anes Ayunie membuatkan ramai pihak terkejut dengan tindakannya yang membeli koleksi barangan kemas yang seberat 15 kilogram (kg).

Namun, tiada siapa sangka, tindakan pemilik nama sebenar Anes Ayunie Osman, 23, itu mengundang kecaman netizen yang menganggap dia sengaja ingin menunjuk kekayaan.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok miliknya, Ayunie meluahkan hasrat untuk membeli emas dalam kuantiti yang besar disebabkan risau dengan kenaikan pasaran harga emas pada masa akan datang.

Pada awalnya, Ayunie mahu membuat pembelian emas berkenaan secara tertutup

“Saya nak emas dalam 15kg. Sebab saya ini takut harga emas naik lepas hari ni. Jadi nak ‘lock’ terus 15kg,” katanya.

Namun begitu, pada waktu sesi pembelian di kedai emas pilihan, dia hanya sempat membeli 6kg emas sahaja. Manakala, baki 9kg lagi akan diperoleh pada keesokan harinya. Anggaran jumlah bayaran bagi pembelian emas seberat 6kg tersebut adalah RM2.5 juta.

Malah, semasa sesi pemilihan, Ayunie dilihat teruja dan ralit mencuba pelbagai pilihan corak barangan kemas.

Sanggup berbelanja besar demi barang kemas bersaiz besar membuatkan Ayunie yakin dengan pelaburan emas sebagai aset jangka masa panjang.

@ayunieso24

Lepasni harga emas lagi mahal kan korang?????

♬ original sound – ayunieso24 – ayunieso24

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Briar Resources Jamin Hak 200,000 Pekebun Kecil Terpelihara Susulan Pertikaian Kontrak

PEMEGANG lesen eksklusif bagi formulasi baja Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Briar Resources Sdn Bhd (Briar Resources) telah mengambil...

More Articles Like This