WORLD Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) terus mengukuhkan jaringan globalnya menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bersama World Trade Center (WTC) Shenzhen/Shenzhen Municipal Committee of China Council for the Promotion of International Trade.
Majlis menandatangani MoU itu diadakan sempena ‘55th World Trade Centers Association Global Business Forum 2025’ yang berlangsung semalam di Marseille, Perancis.
MoU tersebut ditandatangani oleh Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL merangkap Ahli Lembaga Pengarah WTC Association, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dan Liu Xiao dan Haobo (Yuci) Yang, selaku wakil rasmi WTC Shenzhen/ Shenzhen Municipal Committee of China Council for the Promotion of International Trade.
Kerjasama strategik ini bertujuan memperkukuhkan mereka dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa, menarik pelaburan global serta menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia kepada ahli organisasi masing-masing.
Baca artikel lain: Polis saman warga emas pandu kereta di lorong motosikal
Langkah ini selaras dengan hasrat untuk menjadikan kedua-dua pusat dagangan tersebut sebagai hub perniagaan bertaraf dunia dalam sektor perkhidmatan perdagangan global.
Irmohizam berkata, WTCKL dan WTC Shenzhen akan saling melengkapi dan bergabung kepakaran dalam memacu inisiatif yang menyokong pertumbuhan ekonomi, pemindahan teknologi serta pembangunan perdagangan dua hala yang lebih progresif.
“Saya yakin WTCKL dan WTC Shenzhen akan terus berusaha mencari peluang terbaik dan mengukuhkan keberadaan kami dalam industri perkhidmatan perdagangan serta membantu dalam memudahkan pertumbuhan ekonomi yang lebih luas di kedua-dua negara.
“Melalui inisiatif ini, kedua-dua WTC akan memperluaskan rangkaian dan perkongsian maklumat dengan lebih mudah dan menyeluruh.” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

