Polis siasat insiden babit ‘abang belon’ di Jalan TAR

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS menjalankan siasatan berhubung kekecohan yang berlaku melibatkan seorang penjaja belon dengan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), malam semalam.

Ketua Polis Derah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman memaklumkan, pihaknya menerima satu laporan daripada anggota penguat kuasa DBKL itu, hari ini.

Menurut Sulizmie, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.

“Kekecohan dilaporkan tercetus ketika proses sitaan barangan penjaja tanpa lesen itu dijalankan sebelum berlakunya pergelutan dengan beberapa penjaja lain turut membuat provokasi di lokasi kejadian,” katanya.

Mengulas lanjut, Sulizmie berkata, polis akan menjalankan siasatan secara telus dan adil mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Baca artikel lain: Video ‘abang belon’: Tidak wajar kekasaran sebegitu rupa, Muhyiddin tegaskan PBT lebih prihatin

“Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan, termasuk individu yang mengganggu tugas penjawat awam.

“Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi serta mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, satu video memaparkan seorang penjual belon didakwa dikasari penguatkuasa DBKL di Jalan TAR tular di media sosial.

Dalam video berdurasi 1 minit 43 saat itu, beberapa orang penguatkuasa DBKL dilihat bergelut dengan seorang lelaki yang membawa belon.

‘Abang belon’ tersebut dipercayai menjalankan aktiviti tanpa lesen di kawasan tersebut.

Berdasarkan rakaman tersebut, kekecohan berlaku apabila penguatkuasa mahu merampas belon yang dibawa lelaki berkenaan.

Berlaku pergelutan antara lelaki itu dengan penguatkuasa terbabit sehingga dilihat dia dikasari.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This