Gempa bumi: Kedutaan Malaysia di Bangkok dibuka semula esok

Dari Penulis

KEDUTAAN Besar Malaysia di Bangkok akan menyambung semula operasi esok selepas ditutup sementara oleh pihak berkuasa bagi penilaian keselamatan susulan gempa bumi kuat di Myanmar yang menyebabkan gegaran di Thailand pada Jumaat lalu.

Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand, Bong Yik Jui berkata kedutaan itu kini beroperasi di tingkat 17 Menara Pejabat Kronos di Jalan Sathorn dan keseluruhan bangunan itu telah ditutup oleh pihak berkuasa pada Jumaat.

Beliau berkata Menara Pejabat Kronos telah diperiksa sepenuhnya oleh jurutera bertauliah dan disahkan berada dalam keadaan kukuh serta selamat tanpa sebarang kerosakan.

“Dengan pembukaan semula Menara Pejabat Kronos, kedutaan akan kembali beroperasi seperti biasa di tingkat 17 mulai esok (1 April),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Baca artikel lain: Gempa bumi Myanmar: SMART fokus selamatkan mangsa di rumah ibadat

Bong berkata kedutaan itu ditutup hari ini sempena sambutan Aidilfitri.

Pada Jumaat lalu, gempa bumi kuat dengan magnitud 7.7 melanda Wilayah Sagaing, Myanmar sekitar pukul 1 tengah hari waktu tempatan, diikuti satu lagi gegaran bermagnitud 6.4.

Gempa bumi itu menyebabkan gegaran di ibu negara Thailand dan setakat ini meragut 18 nyawa, sementara puluhan lagi masih hilang.

– BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This