Menara KL: Pengambilalihan konsesi tidak jejas pekerja, operasi – Kementerian Komunikasi

Dari Penulis

PENGAMBILALIHAN konsesi melibatkan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) tidak akan menjejaskan operasi dan pekerja di menara komunikasi antara yang tertinggi di dunia itu, menurut Kementerian Komunikasi.

Kementerian Komunikasi, menerusi soalan lazim (FAQ) mengenai konsesi pengurusan Menara KL, memaklumkan rundingan bersama syarikat konsesi baharu LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM) telah menggariskan terma-terma yang tidak menjejaskan operasinya, yang akan berjalan seperti biasa.

FAQ itu juga memaklumkan semua pekerja sedia ada, yang berkhidmat dengan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB), telah diberi jaminan oleh kerajaan untuk terus ditawarkan pekerjaan oleh syarikat pengurusan baharu iaitu LSHSM bermula 1 April 2025.

“Ia berdasarkan prinsip no less favourable dan perkara ini telah dimasukkan dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan LSHSM,” menurut FAQ berkenaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi hari ini.

Mengenai persoalan mengenai mengapa kerajaan menukar konsesi Menara KL, FAQ itu memaklumkan ia adalah kerana tempoh konsesi sedia ada telah tamat.

Baca artikel lain: Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan – Kementerian Komunikasi

“Kebanyakan konsesi diberikan untuk jangka masa tertentu, contohnya bagi tempoh 10, 15 atau 30 tahun, apabila tempoh konsesi tamat, kerajaan perlu membuka semula tawaran supaya syarikat lain berpeluang bersaing. Ini memastikan ketelusan dan mengelakkan monopoli berpanjangan oleh satu pihak,” katanya.

Turut dimaklumkan tempoh konsesi baharu ialah selama 20 tahun, bermula esok (1 April 2025).

Menurut FAQ, Menara KL tidak pernah dijual kepada mana-mana pihak dan masih kekal dimiliki oleh Kerajaan Malaysia.

“Hanya pengurusan dan penyenggaraan menara tersebut sahaja diuruskan oleh syarikat yang dilantik oleh kerajaan melalui proses notis pelawaan cadangan (RFP),” katanya.

Ia turut memaklumkan sebanyak lima syarikat telah menghantar RFP dan MKLSB adalah antara syarikat terbabit.

“Kontrak pengurusan dan pengoperasian Menara KL oleh MKLSB berakhir pada 31 Mac 2025 melalui perjanjian interim lanjutan ke-5.

“Mulai 1 April 2025, Menara KL akan diuruskan oleh syarikat LSHSM yang telah terpilih melalui proses RFP iaitu sejenis tender terbuka,” menurut FAQ.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This