Kebocoran saluran gas punca kebakaran stesen minyak Petronas Putra Heights

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEBOCORAN saluran gas di stesen minyak Petronas, Jalan Putra Harmoni, Putra Heights disyaki menjadi punca kebakaran besar yang tular di media sosial sejak pagi tadi.

Perkara itu disahkan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam kenyataan, sebentar tadi.

Menurut Ahmad Mukhlis, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.10 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya tiba di lokasi pada 8.22 pagi.

Beliau berkata, Komander Operasi, PBK I KUP Mohamad Fadhil Buari melaporkan kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas Petronas yang dianggarkan sepanjang 500 meter.

Katanya, setakat pukul 10 pagi tadi kebakaran masih berlaku dengan pihak Petronas telah pun menutup injap saluran paip yang terbakar.

Namun begitu, kata beliau, setakat ini masih belum diketahui jarak injap yang ditutup itu.

Baca artikel lain: Indikasi kebakaran kargo cetus respons kecemasan MH720

“Api juga telah merebak ke beberapa buah rumah di sekitar kawasan kebakaran dengan anggota bomba telah berjaya mengeluarkan tujuh orang mangsa termasuk dua warga emas.

“Jumlah mangsa dan kemerebakan api di sekitar kawasan rumah masih belum diketahui,” katanya dalam kenyataan.

Seramai 41 anggota dan pelbagai aset bomba telah digerakkan termasuk pasukan dari BBP Puchong, BBP Shah Alam, BBP Bukit Jelutong, BBP Cyberjaya, BBP Rawang, BBP Klang Selatan, BBP Klang Utara dan BBP Damansara.

Operasi turut melibatkan lapan jentera FRT, tiga unit EMRS, empat unit water tanker, pasukan HAZMAT dan satu BA Tender.

Terdahulu, insiden kebakaran tersebut ‘menggemparkan’ media sosial pagi ini dengan netizen berkongsi video berhubung kebakaran yang didakwa berlaku di sebuah stesen minyak di Putra Heights.

Beberapa pengguna media sosial turut berkongsi video memaparkan api marak menjulang tinggi di samping ada yang mengatakan bahang dirasakan berkilometer jauhnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This