Kebakaran Putra Heights: Mangsa syukuri bantuan kerajaan, harap diberi penempatan sementara

Dari Penulis

KELUARGA yang terjejas dengan kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights memohon supaya kerajaan dapat memberi penempatan sementara kepada mereka selain bantuan kewangan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Putra Harmoni, Francis Koh berkata, ini kerana status keselamatan rumah mereka sama ada selamat untuk diduduki atau sebaliknya masih membimbangkan penduduk manakala kos penginapan hotel yang mahal terpaksa ditanggung.

“Kami hanya mahukan rumah sementara untuk berteduh sementara menunggu rumah kami yang terjejas selamat diduduki kerana buat masa sekarang, kami menginap di hotel berdekatan dan kosnya agak mahal untuk jangka panjang.

“Oleh itu, kami sangat mengharapkan agar kerajaan negeri dapat memberikan rumah sementara kepada kami dalam tempoh yang sukar ini,” katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga mengalu-alukan sebarang bantuan sama ada dari kerajaan pusat, negeri ataupun swasta bagi meringankan beban mereka akibat kerosakan harta benda dan kediaman susulan insiden kebakaran itu.

“Pengumuman hanya dibuat menerusi media namun cara permohonan dan siapa yang layak mendapatkannya kami masih lagi keliru… ramai di sini juga perlukan bantuan dan mahu pulang ke rumah masing-masing namun masih lagi tidak selamat,” katanya.

Baca artikel lain: Kebakaran Putra Heights: Industri insurans am ikrar bantu mangsa

Bagi Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Putra Harmoni Woo Wan Heng, pampasan sewajarnya harus diberikan kepada mangsa kebakaran yang rumah mereka sudah tidak boleh didiami susulan insiden itu.

“Kerugian itu bukan sedikit tetapi besar. Bukan setakat rumah tidak boleh diduduki, kereta turut rosak… kami tidak boleh hantar anak-anak ke sekolah dan sukar pergi kerja disebabkan kekangan itu.

“Kami berharap agar kerajaan negeri dan pusat dapat memberikan bantuan sewajarnya bukan setakat dari segi kewangan sahaja tetapi juga dari segi sokongan lain seperti insurans,” katanya.

Seorang penduduk, Tengku Sharifah Hajar Tengku Syed Nordin, 72, pula berkata beliau sekeluarga bersyukur dengan bantuan segera yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekurang-kurangnya bantuan yang diberikan dapat meringankan beban kami,” katanya.

Semalam, Anwar mengumumkan bahawa kerajaan dan PETRONAS menyalurkan bantuan segera RM5,000 kepada pemilik kediaman yang rosak teruk serta RM2,500 kepada mereka yang sedikit terjejas.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This