SEORANG pemandu lori cedera di kepala selepas diserang seekor harimau kumbang ketika membuang air kecil di bahu jalan dekat kawasan Bukit Tangga, Nilai.
Video penuh klik link: https://t.me/infoutusantv/9947
Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Hasani Hussain berkata, kejadian berlaku ketika pemandu lori yang membawa makanan ayam dari Jelebu ke Klang telah berhenti di lokasi kejadian.
Beliau berkata, pemandu berbangsa India berusia 54 tahun itu telah terdengar bunyi pergerakan dari arah hutan sebelum secara tiba-tiba diserang oleh haiwan dipercayai harimau kumbang.
“Berlaku pergelutan antara mangsa dengan harimau tersebut.
“Pengguna jalan raya yang kebetulan melalui di lokasi tersebut telah membantu mangsa dengan menghalau haiwan liar itu sebelum menghubungi ambulans,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelansya, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan telah di bawa oleh ambulans ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan.
Hasani berkata, orang ramai diminta berhati-hati semasa melalui kawasan kejadian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

