POLIS kini mengesan dua lelaki yang bertindak mencederakan seorang pemandu bas susulan kemalangan di Kilometer 58.5, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, pukul 3 petang kelmarin.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/9942
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu bas iaitu seorang lelaki tempatan telah melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna dari arah belakang.
Beliau berkata, laporan mengenai kejadian telah dibuat oleh kedua-dua belah pihak pada pukul 5.50 petang, hari sama.
“Pada 3.53 petang semalam, polis telah menerima satu lagi laporan berkaitan kejadian mencederakan seperti yang tular di media sosial.
“Dua lelaki bertindak mencederakan pemandu bas dipercayai kerana berang setelah terlibat dalam kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen Rule 10 LN166/59.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

