POLIS mengesan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan tular di Kilometer 239.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Ayer Keroh-Senawang, 10.35 malam kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, sebuah van jenis Renault Kangoo yang dipandu oleh wanita Melayu berusia 20 tahun bersama dua penumpang telah terbabas selepas dihimpit oleh MPV yang masih belum dikenal pasti.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian berlaku ketika van dalam perjalanan dari Ayer Keroh ke Senawang.
“Sampai di lokasi, pemandu van yang memandu di lorong tengah telah dihimpit oleh sebuah MPV dari arah belakang yang menyebabkan pemandu van hilang kawalan lalu terbabas di lorong kiri lebuhraya.
“Akibat kemalangan, penumpang belakang can mengalami kecederaan dan masih menerima rawatan di Hospital Rembau,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, pemandu van dan penumpang hadapan berusia 18 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan diminta tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Sub Inspektor Muhammad Faris Sayyidi Osman di talian 013-3806648.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

