Polis minta bantuan kesan remaja perempuan 16 tahun hilang sejak kelmarin

Dari Penulis

POLIS meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 10 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Nur Qistina Atirah Abdul Halim,16, pada pukul 10.18 pagi semalam.

Beliau berkata, remaja terbabit berkulit putih dengan tinggi 156 sentimeter dan berat 55 kilogram.

“Nur Qistina berbaju lengan panjang, seluar jeans biru terang dan lokasi terakhir di Flat Bukit Segar, Cheras,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan remaja terbabit diminta untuk terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat, Inspektor Nor Farahin Mohd Yatim di talian 017-3987188.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This