PENYANYI Indonesia, Nabila Taqiyyah yang telah menghasilkan beberapa buah single, mengumumkan album sulung berjudul Kekal Yang Sementara di bawah label Universal Music Indonesia.
Mengeluarkan albumnya sendiri adalah salah-satu penantian, lagi-lagi di tanah airnya.
“Sebagai penyanyi atau pemuzik, memiliki sebuah album pastinya menjadi sesuatu yang sangat diimpikan dalam kerjaya, begitu juga saya. Menghasilkan album menjadi salah satu pencapaian luar biasa bagi saya,” ujar Nabila tentang album pertamanya ini.
Terdapat lapan buah lagu yang disajikan dalam album berkenaan. Dua daripadanya telah dilancarkan dalam bentuk single sebelum ini iaitu “Ku Ingin Pisah” dan “Terpisah Terluka”. Sementara enam daripadanya merupakan lagu baru, “Pengagum Rahasia”, “Menikmati Kebohongan”, “Salah Sangka”, “Sementara Bukan Selamanya”, “Cinta Sia-Sia”, dan “Berjalan Tanpamu” yang menjadi fokus trek di
album ini.

Apa yang menarik dalam album Kekal Yang Sementara ini, Nabila bukan hanya menyanyi, malah terlibat dengan penulisan lagu dalam beberapa trek, seperti “Pengagum Rahasia”, “Menikmati Kebohongan, dan “Semantara Bukan Selamanya”.
Album Kekal Yang Semantara berteraskan genre pop dan secara keseluruhan menceritakan tentang pengalaman peribadi penyanyi muda itu dalam menghadapi pengalaman jatuh dan putus cinta untuk kali pertama.
“Album ini menjadi salah satu bentuk validasi terhadap perasaan putus cinta yang dihadapi oleh berbagai kalangan mulai dari remaja, orang dewasa, hingga orang tua,” ujarnya.
Pemberian nama Kekal Yang Sementara agak tidak kontra, tapi maksud tersirat tajuk album tersebut adalah untuk menggambarkan bahawa perasaan yang kita miliki terhadap seseorang itu akan kekal sampai selamanya walaupun kebersamaan dengan seseorang itu hanyalah sementara.

Berbicara tentang single utamanya pula, “Berjalan Tanpamu” seiring dengan tajuknya, lagu ini bercerita tentang kisah cinta yang memang tiada jodoh dan diakhiri dengan kesedihan, walau apapun hidup tetap diteruskan walaupun tanpa orangnya di sisi.
Dalam lagu ini, Nabila dibantu oleh Caturadi Septembrianto sebagai penulis lagu dan S/EEK sebagai penerbit. Susunan yang begitu minimalis, namun perasaan sendu dan kesedihan sangat dirasa. Nada-nada yang disajikan begitu menyentuh hati apabila dihayati dengan lebih mendalam.
Kembali ke albumnya, album ini menjadi salah satu pakej yang terbaik untuk sebuah album cinta, ia dipenuhi perasaan sedih namun tetap ada sudut pandang positif dalam setiap pesanan yang ingin disampaikan.
Nabila berharap melalui lagu-lagu dalam album Kekal Yang Sementara ini dapat menyedarkan pendengarnya bahawa rasa kecewa, sedih dan marah yang hadir sewaktu fasa putus cinta adalah perkara biasa yang akan dilalui oleh semua orang dan hidup tidak seharusnya berhenti disebabkan hal sedemikian.
“Ada banyak hal-hal positif lain di luar sana yang boleh kita fokus selain dari perasaan sedih yang kita alami. Dan, album ini mewakili hal-hal tersebut,” harapnya.
Album ini akhirnya boleh didengarkan di semua digital platform kesukaan anda. Selamat menikmati!
Tracklist Nabila Taqiyyah – Kekal yang Sementara:
- Ku Ingin Pisah
- Terpatah Terluka
- Pengagum Rahasia
- Berjalan Tanpamu
- Menikmati Kebohongan
- Salah Sangka
- Sementara Bukan Selamanya
- Cinta Sia-Sia
Dengarkan Album “Kekal Yang Sementara” oleh Nabila Taqiyyah DI SINI
Tonton MV “Berjalan Tanpamu” oleh Nabila Taqiyyah

