Siti Saleha, Daiyan Trisha dilantik duta MIFFest edisi ke 8

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

DUA aktres popular, Siti Saleha dan Daiyan Trisha diumumkan sebagai duta Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) Ke-8.

Selain mereka berdua, aktor berkaliber, Bront Palarae terus diberi kepercayaan sama bagi tahun keenam berturut-turut.

Pengasas MIFFest, Joanne Goh berkata, pelantikan mereka bertiga bertepatan dengan objektif festival berkenaan yang mengangkat hasil seni pengkarya filem.

“Saya sukakan Daiyan yang merupakan pelakon berbakat, komited dan bagus. Malah, dia pernah membuat persembahan di MIFFest edisi sebelum ini.

“Dia sentiasa menunjukkan sokongan kepada festival ini dan malah bergelar orang pertama memberikan persetujuan untuk terlibat. Dia memang orang yang komited,” katanya kepada URTV.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan Siti Saleha pula didorong dengan hasil kerja seni yang membanggakan sehingga membawa nama Malaysia ke luar negara.

“Siti Saleha yang kita ketahui sudah melebarkan karier lakonannya ke peringkat antarabangsa.

“Saya melihat, dia adalah duta tepat bagi edisi tahun ini,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media MiFFest Ke-8, di sebuah  hotel di ibu negara, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Sementara itu, Daiyan menzahirkan penghargaan apabila diberi peluang bagi menggalas tanggungjawab besar itu.

Dia bakal menggunakan pengaruh yang ada untuk menyebar luas mengenai MIFFest yang mungkin ada sesetengah pihak kurang mengetahui peranan acara itu. 

“Mungkin penglibatan saya dalam MIFFest akan dapat tarik lebih ramai mereka di luar sana mengetahui mengenai festival ini.

“Saya juga mungkin boleh pengaruhi rakan artis lain dalam industri untuk mengenali acara ini.

“Saya juga akan menggunakan platform media sosial sebagai pemudah cara menyebar informasi berkenaan MIFFest.

“Secara tak langsung bila adanya rakam artis berkongsi perkara sama di media sosial, maklumat yang disampaikan akan memberi info berguna,” jelasnya.

Selain itu, Daiyan juga tidak menafikan ‘tiket emas’ yang digalasnya itu akan dijadikan ruang untuk mencuba mengembangkan sayap seninya ke luar negara.

“Ya, siapa tahu mungkin ini peluang terbaik untuk saya cuba mencari tempat di luar negara.

“Saya seorang penyanyi, pelakon dan pengacara yang sekaligus menjadikan layak dilantik sebagai duta MIFFest.

“Saya juga mampu berkomunikasi dengan  baik bersama delegasi penggiat seni dari luar negara,” katanya.

MIFFest edisi ke-8 dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 27 Julai depan.

Acara perasmian bakal diadakan di pusat beli-belah MyTOWN, Kuala Lumpur.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This