Johari jelaskan isu Kampung Sungai Baru minggu depan

Dari Penulis

SUSULAN isu Kampung Sungai Baru, Kampung Baru yang kembali hangat diperkatakan, satu sidang media khas bagi menjelaskan perkara berkenaan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bakal diadakan minggu depan.

Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata pihak yang berkaitan iaitu penduduk kampung dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut akan dijemput untuk menghadiri sidang media berkenaan.

“Saya akan adakan satu sidang media khas supaya semua orang faham, NGO yang datang ke sini, sebenarnya mereka tidak faham. Jadi saya akan jelaskan betul-betul supaya kedua-dua pihak faham.

“… Saya nak jelaskan daripada mula sampai akhir,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Perladangan dan Komoditi Parlimen Titiwangsa di Kampung Baru, hari ini.

Baca artikel lain: Beri peluang orang kampung rebut potensi pelancongan

Projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang melibatkan rumah flat dan teres menimbulkan polemik susulan tuntutan kumpulan penduduk asal terdiri golongan minoriti yang tidak berpuas hati dengan pampasan.

Pada Disember lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa memberitahu Parlimen, usaha sama antara pemilik dan pemaju di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru adalah berdasarkan rundingan yang dipersetujui bersama tanpa paksaan, tekanan atau desakan.

Bayaran pampasan ke atas pengambilan tanah juga sudah diberikan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTG WPKL) kepada pihak berkepentingan secara berperingkat pada Februari 2022 hingga Januari 2023.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Artemis Accords bukan untuk hantar rakyat Malaysia ke bulan

PENYERTAAN Malaysia dalam Artemis Accords bukan bertujuan untuk menghantar rakyat Malaysia ke bulan kerana program itu tidak bertujuan ke...

More Articles Like This