DATUK Seri Johari Abdul Ghani menyangkal spekulasi kononnya beliau akan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-11, tidak lama lagi.
Spekulasi itu timbul dalam media sosial kononnya dakwaan terdapat perubahan kepimpinan negara ekoran 25 Ahli Parlimen UMNO-Barisan Nasional (BN) bakal menarik sokongan terhadap Anwar.
Memetik laporan Sinar Harian Online, Naib Presiden UMNO itu menegaskan, Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar masih stabil dan tidak perlu diganggu mana-mana pihak.
Pada masa sama, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa menegaskan kemungkinan terdapat ahli Parlimen UMNO menyatakan sokongan terhadap beliau sebagai Perdana Menteri adalah tidak berasas.
Baca artikel lain: PM kutuk serangan udara Israel ke atas Damsyik, sifatkan cabul kedaulatan Syria
“Saya nak beritahu, Kerajaan Perpaduan ini aman damai dan jangan ganggu gugat.
“Kalau tak puas hati, tunggu pilihan raya akan datang.
“UMNO ada hanya 26 kerusi (Parlimen) sahaja,” katanya.
Desas-desus mengenai perubahan kepimpinan negara semakin hangat diperkatakan susulan ketidakpuasan hati beberapa pemimpin politik.
Nama Johari dikaitkan dalam kalangan pemerhati politik apabila disebut-sebut sebagai calon yang berpotensi menerajui Putrajaya jika berlaku peralihan kuasa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

