PEMAJU pemaju projek pembangunan semula kawasan Kampung Sungai Baru digesa supaya menyiapkan kediaman baharu mengikut tempoh yang dijanjikan.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, terdapat penduduk di kawasan itu yang telah berpindah daripada kediaman asal tetapi mendakwa masih belum menerima pampasan sewajarnya.
“Penduduk mengharapkan rumah itu sebagai pampasan, tetapi apabila rumah tidak siap, timbul masalah,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Citrawarna Kampong Bharu 2025 sempena sambutan 125 tahun Kampung Bharu anjuran Kelab Belia Kampung Bharu, hari ini.
Menurut Johari, terdapat juga penduduk yang mendakwa semasa menandatangani perjanjian pembangunan semula di Kampung Sungai Baru, mereka menandatanganinya dengan sebuah syarikat tetapi syarikat berkenaan difahamkan telah menjual sebahagian kepentingannya kepada pemaju baharu.
“Itu juga satu perkara yang sedang diperhatikan, iaitu apa masalah yang mungkin timbul sekiranya projek gagal disiapkan. Siapa yang perlu bertanggungjawab – syarikat lama atau syarikat baharu – ini semua telah ditetapkan dalam perjanjian lapan tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, Johari berkata, beliau telah meminta Datuk Bandar Kuala Lumpur menumpukan pembangunan dua blok kediaman terlebih dahulu untuk membolehkan pemilik tanah tradisi kembali ke kawasan asal mereka.
Projek pembangunan semula kawasan itu secara rasmi dimulakan pada 30 November lepas dan dijangka siap dalam tempoh empat tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) ketika itu, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata, unit kediaman baharu itu berkeluasan antara 900 hingga 1,200 kaki persegi, dilengkapi tiga bilik dan tiga bilik air yang jauh lebih selesa berbanding kediaman asal.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

