DUN Pahang zahir ucapan takziah pemergian Tun Abdullah

Dari Penulis

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia Isnin lepas, di Institut Jantung Negara (IJN).

Ucapan itu disampaikan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, yang menyatakan bahawa pentadbiran Allahyarham menyaksikan pelaksanaan pelbagai inisiatif penting termasuk konsep Islam Hadhari serta penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

“Allahyarham telah mengemudi perubahan besar dalam landskap pentadbiran negara, termasuk menyaksikan peralihan pucuk kepimpinan yang telah lama berlangsung.

Baca artikel lain: Gambar tular Ustaz Zen: Momen tenang, khusyuk berdoa di sisi jenazah Tun Abdullah

“Jasa dan bakti Tun Abdullah akan sentiasa dikenang oleh rakyat tanpa mengira latar belakang politik,” katanya semasa persidangan DUN di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 85 tahun.

Dilahirkan pada 26 Nov 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Tun Abdullah berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009, menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This