Mohd Sharkar dilantik Speaker DUN Pahang

Dari Penulis

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berkuat kuasa hari ini, pada persidangan penggal pertama DUN Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Usul melantik Mohd Sharkar dikemukakan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak dengan tiada bantahan daripada Ahli Dewan.

Beliau menggantikan Datuk Seri Ishak Muhamad yang menjawat jawatan tersebut sejak 2013.

Mohd Sharkar, anak jati Temerloh merupakan ADUN Lanchang daripada Barisan Nasional (BN) selama lima penggal bermula 1999 namun tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lepas.

Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Pahang antaranya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sementara itu, ADUN Bilut Lee Chin Chen daripada Pakatan Harapan (PH) dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN Pahang, selepas namanya dicalonkan oleh Wan Rosdy dan sekali lagi disokong oleh Mohd Soffi.

Baca artikel berkaitan: Tuan Ibrahim ketua pembangkang di DUN Pahang

Lee merupakan Ketua Pembangkang pada persidangan DUN penggal lepas dan mula menjadi ADUN di Pahang pada 2013 selepas memenangi kerusi DUN Ketari pada Pilihan Raya Umum ke-13 sebelum bertukar ke DUN Bilut pada 2018.

Persidangan hari ini juga menyaksikan semua 42 ADUN Pahang mengangkat sumpah jawatan yang didahului Wan Rosdy disusuli 10 Exco dan ADUN lain termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan ADUN Cheka.

Kerajaan Pahang selepas PRU15 dibentuk menerusi kerjasama antara BN dan PH selepas tiada parti yang memperoleh majoriti mudah 22 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya itu.

Pada PRU15, BN dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing memperoleh 17 kerusi manakala PH menang di lapan kerusi.

Menerusi kerjasama itu, Wan Rosdy mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar pada 28 Nov lepas disusuli 10 Exco pada 2 Dis lepas, melibatkan lapan ADUN BN dan bakinya daripada PH.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi Mindanao: Amaran tsunami 0.4 meter di empat kawasan pantai Sabah

JABATAN Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran awal tsunami di empat kawasan pantai di Sabah susulan gempa bumi kuat bermagnitud...

More Articles Like This