Belasah sampai lunyai: Polis tahan 7 lelaki dan seorang wanita

Dari Penulis

POLIS mengesahkan penahanan tujuh lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes pukul seorang pemuda berusia 21 tahun di sebuah flat dekat Plentong Baru, Masai, Jumaat lalu.

Video kejadian: https://t.me/infoutusantv/10139?single

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, hasil laporan diterima, mangsa memberitahu kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam.

“Bertindak atas maklumat, polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia 19 hingga 26 tahun, kira-kira pukul 2.30 pagi semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata, hasil siasatan, mangsa telah pergi ke flat tersebut atas jemputan seorang wanita yang dikenali melalui aplikasi media sosial.

“Selepas mangsa masuk ke dalam rumah, dia telah dikurung dan dipukul lapan lelaki warga tempatan.

“Akibat daripada itu, mangsa mengalami kecederaan luka pada bahagian bibir, telinga kiri dan bengkak badan,” katanya.

Tambahnya, lima daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau dan hasil ujian awal saringan air kencing, empat didapati positif methamphetamine.

Kesemua suspek kini direman selama enam hari bermula semalam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Aktiviti, mesyuarat guna nama PN tak boleh dilaksana jika tak dapat izin Pengerusi

SEBARANG aktiviti mahu pun mesyuarat yang menggunakan nama Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dilaksana melainkan dengan keizinan Pengerusi, Datuk...

More Articles Like This