“Konsep yang sama kami gunakan bila mula bertapak sejak 20 tahun lalu, apabila menggunakan artis-artis terkenal tanah air…,” – Rizman Ruzaini bakal buka butik pertama di Dubai

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

TIDAK sekadar mahu membawa budaya Malaysia ke persada dunia , jenama Rizman Ruzaini juga yakin ketika ini adalah waktu yang tepat untuk menjadikan rekaan mereka kini sebagai sumber inspirasi buat pereka muda negara.

Berkongsi cabaran sepanjang menceburi bidang fesyen, jelas Rizman mewakili jenama ini antara yang menjadi fokus utama adalah untuk memastikan setiap rekaan mereka diterima baik sekali gus memberi ruang buat pereka mengukuhkan jenama Rizman Ruzaini.

“Setiap kali diberi peluang untuk membuat persembahan di pentas antarabangsa, Rizman Ruzaini akan membawa Malaysia bersama. Bagi kami di Rizman Ruzaini ini adalah cara untuk memastikan Masyarakat antarabangsa melihat Malaysia.

“Konsep yang sama kami gunakan bila mula bertapak sejak 20 tahun lalu, apabila menggunakan artis-artis terkenal tanah air untuk memperagakan rekaan kami.

“Kali ini untuk misi yang lebih besar, kami mahu melihat pakaian kami diterima barisan selebriti antarabangsa pula,” katanya.

Katanya selepas 20 tahun bertungkus-lumus membina nama, mereka kini yakin untuk memasarkan Rizman Ruzaini kepada masyarakat antarabangsa.

Tambahnya, melalui keyakinan yang diberikan pelanggan mereka, Rizman Ruzaini kini sudah bersedia untuk membuka butik pertama di Dubai dalam melengkapkan permintaan pasaran di peringkat global.

“Memang dalam perancangan untuk Rizman Ruzaini membuka sebuah butik di Dubai, malah ketika ini juga kami sudah mempunyai barisan pelanggan terutamanya dari Timur Tengah yang memang banyak memberi sokongan.

“Jadi pembukaan butik ini kelak secara tidak langsung dapat memenuhi permintaan daripada pelanggan di sana,” ujarnya.

Sementara itu, menurut Rizman dalam memastikan jenama ini kekal relevan, pihaknya kini juga dalam perancangan untuk melakukan beberapa perubahan membabitkan struktur peniagaan mereka agar mampu bersaing dengan lebih baik.

“Memang kami sedang merancang ke arah itu, sebab selepas hampir 20 tahun, ini adalah waktu yang sesuai untuk Rizman Ruzaini ‘revamp’.

“Kami harap dengan perubahan ini akan memberi peluang untuk jenama ini berkembang lebih maju,” ungkapnya. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This