MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dimasyhurkan 12 Mei ini – Asyraf Wajdi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menjenamakan semula Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas, Pulau Pinang kepadai MRSM Tun Abdullah Badawi pada 12 Mei ini.

Pengerusi MARA, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada pengiktirafan terhadap segala jasa dan sumbangan besar bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri Almarhum Tun Abdullah sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

Katanya, perkara berkenaan telah diperincikan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Pada masa sama, Asyraf berkata, UMNO menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning atas kepercayaan dan keyakinan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sehingga memungkinkan kemenangan dengan majoriti besar di semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) kecuali satu sahaja.

“UMNO juga mengucapkan terima kasih kepada jentera parti-parti komponen BN dan Friends of BN, juga rakan-rakan daripada Pakatan Harapan (PH) yang bekerja keras memenangkan calon BN.

“UMNO bersyukur dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning yang menunjukkan peningkatan sokongan pengundi Melayu, pengundi pelbagai kaum dan pengundi di kalangan anak muda sekaligus membuktikan rakyat menolak politik perkauman, kebencian, maki-hamun dan mainan persepsi seolah-olah Islam dan Melayu terancam,” katanya dalam kenyataan.

Asyraf Wajdi menambah, UMNO akan mengadakan Konvokesyen Sekolah Patriotik UMNO kali pertama bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun UMNO ke-79 pada 11 Mei ini bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre.

Beliau juga memaklumkan, isu berkenaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut dibincangkan dalam mesyuarat semalam.

“Tidak semua perkara yang dibincangkan wajar didedahkan. Yang pasti isu Najib turut dibincangkan dan tidak akan pernah dilupakan,” katanya ringkas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This