Petugas media dijemput sertai pesta pantun sempena HAWANA 2025

Dari Penulis

Petugas media dari seluruh negara dijemput menyertai Pesta Pantun HAWANA–DBP 2025 yang merupakan antara acara istimewa bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.

Program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu diadakan buat julung kali bertujuan mengangkat seni pantun sebagai warisan bangsa yang wajar dipelihara dan dimartabatkan.

Ketua Pengarang Bernama merangkap Pengarah Projek HAWANA 2025 Arul Rajoo Durar Raj berkata pertandingan itu bertujuan menyemarakkan semangat kebudayaan dalam kalangan warga media sambil memperkukuh jaringan ukhuwah sesama petugas.

“Pantun ialah warisan intelektual Melayu yang mencerminkan keindahan bahasa, nilai murni dan kecerdasan minda. Menerusi pesta ini, kita ingin menyemai semula kecintaan terhadap seni sastera dalam kalangan pengamal media,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penyertaan Pesta Pantun HAWANA–DBP 2025 terbuka kepada semua petugas media dengan tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 15 Mei ini.

Pertandingan akhir dijadualkan berlangsung pada 31 Mei.

Baca artikel lain: Kerajaan komited bangun infrastruktur di perumahan generasi kedua hingga keempat Felda

Pesta Pantun HAWANA–DBP 2025 diharap dapat menarik penyertaan pelbagai agensi media dari seluruh negara dalam suasana pertandingan yang santai, tetapi sarat dengan nilai warisan dan kebudayaan.

HAWANA yang memasuki edisi kelima tahun ini selepas dianjurkan buat kali pertama pada 2018 merupakan acara tahunan yang menghimpunkan para pengamal media bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara.

Sambutan HAWANA 2025 akan diadakan pada Jun dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan Pesta Pantun HAWANA–DBP 2025 boleh menghubungi Ziana Nasir melalui talian 01157540939.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This