Shangri-La Kuala Lumpur tampilkan Dumpling Artisan sempena Pesta Perahu Naga

Dari Penulis

Sempena sambutan Pesta Perahu Naga, Shangri-La Kuala Lumpur meraikan semangat kebersamaan dengan seleksi eksklusif dumpling nasi (zongzi) yang dihasilkan secara tradisional. Dibungkus kemas dalam daun buluh dan dipenuhi dengan harapan tulus untuk kesihatan, kebahagiaan dan kemakmuran, koleksi istimewa ini merupakan hasil ciptaan Cef Eksekutif Cina, Keith Yeap, yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam masakan warisan. Bersama pasukan kulinari Shang Palace, beliau menghasilkan variasi dumpling yang mengekalkan nostalgia cita rasa klasik sambil menyuntik sentuhan moden yang memikat.

Shang Palace Fragrant Peaks & Azure Tides Dumpling.

Antara tarikan utama adalah Shang Palace Fragrant Peaks & Azure Tides Dumpling (650g), yang menampilkan gabungan mewah seperti abalon, tiram kering, ayam perap, kastanye, udang kering, kuning telur masin, kekapis kering dan cendawan shiitake. Dumpling eksklusif ini dijual pada harga RM188 dan merupakan simbol kemewahan hidangan tradisi perayaan.

Pilihan lain yang menonjol termasuk Truffle-Infused Smoked Duck Rice Dumpling (180g) yang menggabungkan rasa truffle harum dengan itik salai, abalon, kastanye dan cendawan shiitake—boleh dinikmati pada harga RM68 nett. Bagi penggemar rasa tradisional, Hokkien Style Savoury Chicken Rice Dumpling (180g) yang mengandungi ayam, kacang tanah, cendawan dan kuning telur masin ditawarkan pada harga RM48 nett.

Meraikan semangat pelbagai budaya Malaysia, Celestial Blue Pearl Nyonya Dumpling (180g) diinspirasikan daripada bunga telang dan rempah Nyonya, menghasilkan rasa manis dan masin yang seimbang. Manakala, bagi pilihan berasaskan tumbuhan, Imperial Golden Chickpea & Wild Mushroom Vegetarian Dumpling (180g) menampilkan daging vegetarian, cendawan dan kacang kuda emas—kedua-duanya turut dijual pada harga RM48 nett.

Untuk pencinta rasa klasik, dua pilihan dumpling beralkali turut disediakan: Traditional Alkaline Rice Dumpling with Red Bean (90g) yang mengandungi kacang merah manis, serta Traditional Alkaline Rice Dumpling (90g) yang menonjolkan tekstur pulut yang halus dan aroma ringan. Kedua-duanya ditawarkan pada harga RM38 nett.

Sebagai pilihan hadiah eksklusif, Heritage of Asia Gift Box menampilkan enam dumpling istimewa dalam kotak heksagon yang dihias indah dengan rona turquoise, sentuhan emas dan motif bunga serta burung kren, melambangkan umur panjang dan tuah. Direka khas menyerupai bunga teratai yang mekar, kotak ini sesuai dijadikan hadiah bermakna atau simpanan istimewa, dengan harga RM198 nett.

Setiap dumpling yang disediakan mencerminkan komitmen hospitaliti Shangri-La dalam mencipta detik bermakna melalui perincian penuh teliti dan rasa yang tidak lapuk dek zaman. Lebih daripada sekadar juadah perayaan, dumpling ini adalah lambang penghormatan kepada tradisi, kegembiraan bersama dan kenangan indah bersama insan tersayang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This