Jentera Pas kawasan ditandingi Bersatu diarah bantu DUN lain

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JENTERA Pas yang berada di kawasan ditandingi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diarah untuk bertugas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) lain.

Perkara itu disahkan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Ia sekali gus mengesahkan bahawa jentera Pas tidak akan membantu 16 calon yang diletakkan Bersatu bagi PRN Johor kali ini.

Ahmad Fadhli bagaimanapun berkata, jentera Pas akan tetap bertugas bagi membantu kawasan yang ditandingi parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang lain.

“Jentera Pas Kawasan dan DUN ditandingi Bersatu PRN Johor diarah bertugas di DUN ditandingi Pas dan parti komponen PN yang lain,” ujarnya.

Tarikh pengundian awal bagi PRN Johor pada 7 Julai dan hari pengundian pada 11 Julai selepas DUN dibubarkan pada 1 Jun lepas.

Semalam, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak akan membantu kempen Bersatu pada PRN Johor.

Jentera kedua-dua parti itu juga akan bergerak berasingan walaupun masih bertanding menggunakan logo PN.

Menurut Abdul Hadi, ini kerana Bersatu mendesak mahu menggunakan logo PN pada PRN Johor kali ini.

Pada masa sama, beliau berkata, PN juga masih belum membuat keputusan sama ada mahu memecat Bersatu atau tidak sebagai ahli gabungan tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Azam Baki kekal sah anggota Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUSAT Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan kehadiran Tan Sri Azam Baki pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC, 30 Jun...

More Articles Like This