“JANGAN jadi kaduk naik junjung,” tegas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh kepada Timbalan Pengerusi Biro Hubungan Etnik dan Agama MCA, Roger Yapp.
Muhamad Akmal dalam kenyataan di media sosial mengingatkan Roger untuk belajar dan memahami Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia sekiranya benar-benar seorang warganegara Malaysia yang sejati.
“Jika terlupa,maka kami nak ingatkan disini. Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu.
“Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan walau bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.
“Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberikan Yang di-Pertuan Agong (Raja Malaysia) tanggungjawab untuk “menjaga kedudukan istimewa ‘Melayu’ dan penduduk asli mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah komuniti lain,” katanya.
Terdahulu, Roger dalam kenyataan berkata, Malaysia bukan milik mana-mana kaum secara eksklusif, sebaliknya adalah milik semua warganegaranya tanpa mengira kaum.
Tambah Roger, masa depan negara ini juga mesti diasaskan kepada kepercayaan, persefahaman dan cita-cita bersama antara pelbagai kaum, bukannya ketakutan, kebencian atau perpecahan.
Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata, pemimpin-pemimpin MCA perlu memahami sejarah dan asas pembentukan negara terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.
Tegasnya, Malaysia selamanya adalah Tanah Melayu dan tidak akan berubah sampai bila-bila.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

