JENAZAH seniwati Sophia Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur kira-kira 10 pagi tadi.
Terdahulu, jenazah disolatkan di Surau Al Hijrah, Taman Bolton, Batu Caves kira-kira 9.30 pagi.
Lebih 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, kenalan dan rakan artis hadir memberi penghormatan terakhir termasuk Norlia Ghani, Maimunah Ahmad, Mohamad Mubarak Abdul Majid dan Amran Nasrudin.
Sophia, 77, anak sulung daripada 12 beradik termasuk Datuk Khadijah Ibrahim dan Allahyarham Latif Ibrahim, meninggal dunia di sebuah hospital swasta pada 7.15 malam tadi akibat asma.
Baca artikel lain: Fahmi Fadzil ucap takziah kepada keluarga seniwati Sophia
Allahyarham mula aktif dalam dunia lakonan seawal usia 15 tahun menerusi filem Ragam P Ramlee (1964) sebelum menyerlah dengan filem seperti Dr Rushdi, Cinta 200 Ela, Pontianak Harum Sundal Malam dan Puteri Impian.
Sementara itu, Khadijah berkata kakaknya kerap mengalami serangan asma kebelakangan ini, namun tidak menunjukkan tanda sakit yang serius.
Beliau berkata kakaknya itu juga gemar menghabiskan masa bertemu sahabat handai seolah-olah mahu mengucapkan selamat tinggal.
“Dia asyik berjumpa kawan-kawan…tiap-tiap hari ada saja perjumpaan. Macam dia nak ucap selamat tinggal. Tapi saya bersyukur, saya dapat pulang dari Sabah awal pagi tadi untuk lihat jenazah buat kali terakhir,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

