Melancong – Ketahui bajet anda

Dari Penulis

MELANCONG antara aktiviti yang sangat menyeronokkan. Tidak kiralah destinasinya hanya dalam negara mahupun ke luar negara, bercuti sambil melawat tempat-tempat menarik menjadi salah satu agenda yang perlu dimasukkan dalam kalendar tahunan anda.

Tetapi apabila membuat keputusan untuk bercuti, anda memerlukan perancangan yang teliti termasuk merancang bajet supaya anda tidak terlebih bajet ataupun melakukan pembaziran.

Perlu diingat, percutian yang terancang dan mengikut kemampuan dapat mengelakkan anda terbeban dengan hutang. Ikuti panduan di bawah yang dapat membantu anda memaksimumkan bajet.

Panduan Memaksimumkan Bajet

Membuat Senarai Semak

Membuat senarai apa yang perlu dilakukan dan anggaran perbelanjaan sebelum pergi bercuti. Ini termasuklah kos penginapan, makan, minum, pengangkutan dan bayaran lain seperti tol dan bajet untuk membeli-belah.

✔ Buat Tempahan Lebih Awal

Adalah lebih baik menempah tiket penerbangan lebih awal beberapa bulan sebelum tarikh anda pergi melancong. Tempoh itu membolehkan anda merancang percutian dengan teliti supaya tidak mengalami masalah sama ada sebelum, ketika atau selepas percutian.

Tempahan pada saat-saat akhir mungkin membuatkan percutian anda berjalan dengan tidak lancar.

✔ Pengangkutan

Dapatkan maklumat mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan paling murah serta pemandu pelancong yang mengetahui selok-belok kawasan percutian untuk mengelakkan ditipu serta sesat.

✔ Perbelanjaan

Anda juga perlu mengetahui kadar tukaran wang negara yang ingin dilawati supaya sesuai dengan bajet yang anda sediakan serta tidak tertipu ketika menukar wang. Mengetahui kadar tukaran wang membolehkan anda merancang perbelanjaan, terutama ketika membeli-belah.

✔ Melawat negara yang menawarkan pakej percutian murah

Memilih pakej percutian yang berkos murah membantu anda mengelak pembaziran. Tiada salahnya jika pakej yang dipilih murah tapi diisi dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang percutian dan mendapat kepuasan ketika bercuti di tempat yang dipilih.

✔ Lebih jimat jika bercuti berkumpulan

Bercuti secara berkumpulan banyak kelebihannya terutama aspek keselamatan. Sekurang-kurangnya kita rasa selamat berada di tempat orang bersama rakan yang boleh saling membantu jika menghadapi masalah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This