Polis buru 3 lelaki bertopeng larikan barang kemas bernilai RM390,000

Dari Penulis

POLIS kini giat memburu tiga lelaki bertopeng selepas merompak sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Menglembu, Ipoh petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, penjenayah bersenjatakan pistol dan parang itu berjaya melarikan pelbagai barangan kemas bernilai kira-kira RM390,000.

“Maklumat berhubung kejadian diterima daripada orang awam sekitar jam 1.25 petang.

“Siasatan awal mendapati, suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, ketiga-tiga suspek dipercayai melarikan sejumlah barang kemas berupa rantai leher dan subang.

“Mereka kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna putih,” katanya.

Tambahnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata secara berkumpulan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This