Libatkan komuniti dalam usaha perangi dadah – KP AADK

Dari Penulis

PENGLIBATAN komuniti dalam usaha memerangi isu penagihan dadah secara langsung dilihat sebagai langkah tepat dalam membantu pihak berkuasa khususnya Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, melalui usaha itu, keterlibatan komuniti dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah secara bersama adalah sangat penting.

Katanya, pendekatan ini lebih bersifat bottom-up sekali gus membolehkan semua pihak baik daripada pihak berkuasa hingga rakyat mempunyai peranan tersendiri dalam memastikan generasi muda tidak terjebak dalam masalah ini.

“Program Sua Mesra Ketua Pengarah AADK ini bukan sahaja untuk mendekatkan pihak AADK dengan rakyat, tetapi lebih penting lagi untuk menyuntik kesedaran mendalam kepada masyarakat bahawa dadah bukanlah masalah yang boleh dipandang ringan.

Baca artikel lain: Tengku Zafrul kini Presiden baharu BAM, mohon 100 hari sebelum bentang misi

“Ia adalah isu yang memberi kesan besar kepada kehidupan individu, keluarga, dan komuniti.

“Program ini juga memberi peluang kepada Ketua Pengarah AADK dan pegawai-pegawai AADK untuk bertemu dengan masyarakat, mendengar pengalaman mereka, dan memberi penerangan tentang langkah-langkah yang boleh diambil
untuk mencegah penyalahgunaan dadah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Sabtu.

Terdahulu beliau merasmikan Program Sua Mesra Ketua Pengarah AADK di Kampung Gong Kemuntong bersempena dengan Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025 yang bertemakan Pencegahan Dadah Tangggungjawab Bersama.

Dalam pada itu, Ruslin berkata, pelaksanaan program itu bertujuan merakyatkan perkhidmatan AADK khususnya dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) amnya yang melibatkan kluster keselamatan, menyebar luas kempen antidadah serta meningkatkan kesedaran pelbagai lapisan masyarakat mengenai peranan komuniti untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam usaha memerangi dadah secara
menyeluruh.

Tambahnya, program tersebut bukan hanya tentang memberi maklumat, tetapi tentang
menyentuh hati dan membuka minda rakyat untuk melihat bahawa komitmen bersama adalah kunci kepada perubahan.

“Program ini adalah bukti kerajaan dan masyarakat perlu bekerjasama rapat dalam usaha membanteras dadah.

“Kesedaran yang dibina melalui pertemuan sebegini akan membawa impak besar dalam mencorak masa depan yang lebih cerah, bukan hanya untuk generasi kini, tetapi juga untuk generasi akan datang.

“Dengan penyertaan aktif dan sokongan daripada setiap lapisan masyarakat, kita yakin dapat membentuk masyarakat yang bebas daripada penyalahgunaan dadah dan lebih sejahtera,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This