Love & Laugh, pendidikan awal Islamik bertaraf global. Guna pendekatan rohani bermula seawal usia bayi

Dari Penulis

Dalam dunia yang serba pantas dan penuh cabaran, semakin ramai ibu bapa moden mula melihat pendidikan awal bukan lagi sebagai tempat anak-anak ‘dijaga’ sementara mereka bekerja, tetapi sebagai ruang penting untuk membentuk sahsiah, akidah dan jati diri sejak usia paling muda.

Menyedari keperluan ini, Love & Laugh International Islamic Infantcare & Preschool tampil sebagai pilihan utama dengan menggabungkan pendekatan Islamik yang kukuh dengan kaedah pendidikan antarabangsa terkini.

Pakar perkembangan kanak-kanak dari Harvard Center on the Developing Child menjelaskan bahawa 90 peratus perkembangan otak manusia berlaku sebelum anak mencecah umur lima tahun.

Dalam tempoh genting ini, otak anak-anak membentuk sehingga satu juta sambungan neuron setiap saat. Maka, pengalaman awal yang bermakna dan berasaskan nilai bukan sahaja penting, malah menjadi asas kejayaan dan kesejahteraan emosi anak di masa depan.

Love & Laugh ditubuhkan dengan misi yang jelas iaitu melahirkan generasi Muslim rabbani yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga memiliki nilai akhlak, spiritual dan kecintaan terhadap ilmu sejak kecil.

Pendekatan mereka tidak dilakukan secara rawak, tetapi melalui sistem kurikulum tersusun yang bermula seawal dua bulan sehingga enam tahun, termasuk program seperti Infantcare Premium, Playhouse, Playschool dan Whaley Series.

Apa yang menjadikan Love & Laugh unik ialah gabungan kurikulum Islamik dengan pendekatan QSTEAM (Quranic Science, Technology, Engineering, Arts, Mathematics) serta falsafah pembelajaran 3E – Explore, Express, Excel. Pendekatan ini bukan sahaja membentuk asas akademik yang kukuh, tetapi juga merangsang pemikiran kritis, keyakinan diri dan kemahiran komunikasi sejak usia muda.

Dari segi fasiliti, Love & Laugh menawarkan kemudahan kelas pertama: ruang pembelajaran luas dan cerah, pemantauan kamera pengawasan 24 jam yang boleh diakses oleh ibu bapa, ruang penyusuan mesra ibu serta sokongan penyimpanan susu perahan harian. Ibu bapa bukan sahaja yakin dengan keselamatan anak mereka, tetapi turut dapat merasakan ketelusan dalam pentadbiran harian.

Kini, Love & Laugh berada dalam fasa transformasi menyeluruh di bawah pengurusan baharu yang berpengkalan di Singapura. Dengan pengalaman luas dalam sektor pendidikan awal peringkat antarabangsa, mereka telah memperkenalkan pembaharuan signifikan termasuk naik taraf kurikulum, latihan intensif staf, Prosedur Operasi Standard kesihatan ketat, serta struktur pengurusan yang sistematik dan telus.

Menurut beberapa testimoni ibu bapa, pendekatan kasih sayang dan profesionalisme yang diterapkan benar-benar memberi kesan positif kepada perkembangan anak-anak mereka.

Dengan pendekatan yang menyeluruh serta keupayaan menggabungkan nilai Islam dan kepakaran global, Love & Laugh muncul sebagai penanda aras baharu dalam pendidikan awal Islamik di Malaysia. Ia menjadi pilihan ideal bagi ibu bapa profesional yang berwawasan tinggi dan menginginkan sesuatu yang lebih bermakna untuk masa depan anak-anak mereka.

Pendaftaran bagi sesi 2025/2026 di Love & Laugh International Islamic Infantcare & Preschool kini dibuka. Ibu bapa yang mendaftar awal berpeluang menikmati pelbagai promosi eksklusif termasuk percubaan seminggu secara percuma, diskaun RM100 sebulan untuk adik-beradik, serta bonus rujukan tunai bernilai RM200 bagi setiap pendaftaran baharu yang diperkenalkan.

Promosi ini ditawarkan untuk masa terhad dan tempat adalah terhad mengikut kapasiti pusat, merangkumi program untuk bayi seawal usia 2 bulan hingga kanak-kanak berumur 6 tahun.

Untuk maklumat lanjut atau membuat pendaftaran, ibu bapa boleh melayari laman web rasmi di www.bestislamicpreschool.com atau menghubungi terus pihak pengurusan di talian 017-279 7061.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sakit tulang.. Simptom biasa atau petanda kanser?

Oleh : Pakar Bedah Ortopedik & Traumatologi serta Felo Ortopedik Onkologi di Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB),...

More Articles Like This