Selangor arah PBT sita iklan berkaitan vape

Dari Penulis

SELANGOR mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera menyita iklan fizikal berkaitan produk rokok elektronik atau vape di negeri tersebut.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri Jamaliah Jamaluddin berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat penyelarasan berhubung cadangan mempertimbangkan pengharaman penjualan rokok elektronik di Selangor, yang dipengerusikan beliau pada 16 Mei.

“Tindakan ini selaras dengan peruntukan Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 (Akta 852) yang jelas melarang sebarang bentuk pengiklanan, promosi dan penajaan berkaitan produk merokok elektronik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata mesyuarat itu turut meneliti pelbagai isu berkaitan penggunaan dan penjualan rokok elektronik, termasuk cabaran penguatkuasaan, pelesenan, aspek perundangan serta pemantauan.

“Isu penjualan secara dalam talian turut dibincangkan memandangkan ia sukar dikawal dan sering menjadi saluran utama kepada golongan remaja untuk mendapatkan produk itu,” katanya.

Baca artikel lain: Pemandu lori nahas FRU tak mengaku sembunyi 2 ekor lembu curi

Jamaliah berkata terdapat keperluan mendesak untuk tindakan proaktif berkaitan vape di peringkat negeri, dengan mengambil kira Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 yang menganggarkan hampir 14.9 peratus remaja lelaki berumur 13 hingga 17 tahun di Malaysia adalah pengguna rokok elektronik.

Susulan itu beliau berkata kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam akan mengadakan mesyuarat lanjutan bagi membincangkan pilihan dasar yang wajar dipertimbangkan sebelum cadangan akhir dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk diputuskan.

Jamaliah berkata langkah itu bagi memastikan setiap dasar diperkenalkan kerajaan negeri mengambil kira impak terhadap kesihatan awam dan generasi akan datang.

“Kerajaan negeri amat mengalu-alukan peranan aktif ibu bapa, institusi pendidikan, masyarakat sivil serta agensi berkaitan di peringkat negeri dan Persekutuan dalam memastikan tindakan diambil benar-benar berkesan serta mampan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This