Had usia persaraan 65 tahun wajar – Azalina

Dari Penulis

KERAJAAN wajar mempertimbangkan had usia persaraan di Malaysia dinaikkan daripada 60 kepada 65 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana ramai dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas masih lagi aktif.

Katanya, ada beberapa negara lain turut melaksanakan had usia persaraan sehingga 65 tahun.

“Ini pandangan peribadi saya, mungkin kerajaan patut mempertimbangkan had usia persaraan 65 tahun. Ini kerana ramai golongan berusia 60 tahun ke atas masih aktif sekarang dan ramai orang tua masih kelihatan muda.

Baca artikel lain: Pemandu lori nahas FRU tak mengaku sembunyi 2 ekor lembu curi

“Sebab ada pegawai yang kami jumpa, masih muda, masih sangat aktif, cuma mereka dah berumur 60 tahun. Sebab ada negara yang dah mula beralih ke umur persaraan 65 tahun,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 dan Jasamu Dikenang Kluster Undang-undang dan Reformasi Institusi, hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lautan biru bukti semangat kebersamaan di DUN Tiram cukup luar biasa – Ahmad Zahid

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dapat merasakan semangat kebersamaan cukup luar biasa dalam kalangan...

More Articles Like This