Vape dicampur dadah dikesan di pasaran tempatan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan kewujudan vape mengandungi dadah berbahaya termasuk fentanyl menerusi Op Vape 1.0 yang dilaksanakan di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, furanyl fentanyl yang diberi jolokan ‘zombi’ dipercayai 50 ke 100 kali lebih kuat daripada morfin dikesan dijual dalam pasaran rokok elektronik (vape) secara terbuka kepada pelanggan tetap.

Katanya, operasi selama lima hari bermula 13 hingga 17 April itu melibatkan lebih 3,000 pegawai pelbagai agensi.

Jelas beliau, sebanyak 1,670 premis diperiksa dengan 728 daripadanya didapati melanggar peraturan manakala 20 individu ditahan di bawah pelbagai kesalahan termasuk Seksyen 39B dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Hasil operasi, sebanyak 8,091 peranti vape, 5,257 kartrij serta 19.67 kilogram dadah dirampas dengan nilai keseluruhan RM4.6 juta,” katanya.

Hussein berkata, siasatan mendapati penjualan vape berunsur dadah itu dilakukan secara tertutup kepada pelanggan tertentu sekali gus menunjukkan wujud cubaan memperkenalkan bahan terlarang itu ke pasaran tempatan.

“Sepanjang operasi, sebanyak 868 individu turut menjalani ujian saringan air kencing dengan 13 daripadanya didapati positif dadah,” ujarnya.

Beliau berkata, PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah dan akan terus mempergiat operasi bagi mengekang trend berbahaya ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This