Empat syarikat ungguli anugerah tertinggi IDEA 2025

Dari Penulis

Seramai 51 usahawan dan tokoh daripada pelbagai bidang diraikan dalam sebuah malam penuh gemilang sempena Islamic Distinguished Enterprise Award (IDEA) 2025 yang berlangsung di Hotel Le Meridien, Putrajaya, Sabtu lalu.

Presiden Dewan Perniagaan Muslim Insiders, Prof (Adj) Hj Adam Richman, dalam ucapan beliau menekankan bahawa IDEA 2025 bukan hanya satu pengiktirafan, tetapi juga platform untuk menginspirasi lebih banyak syarikat agar berani menerapkan prinsip Syariah dalam operasi perniagaan.

“Penggunaan sistem seperti CTOS dalam proses penjurian mencerminkan konsep tabayyun sebagaimana disebut dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6 – langkah kecil dengan impak besar terhadap pembinaan ekonomi ummah yang berintegriti,” katanya.

Memasuki edisi keduanya, IDEA 2025 terus mengekalkan prestij sebagai Anugerah Tertinggi Usahawan Islam, dengan lima kategori utama diperkenalkan bagi mengiktiraf keunggulan dan pencapaian syarikat serta individu yang menerapkan prinsip Islam dalam perniagaan mereka.

Kategori tersebut ialah Crown of Commerce Brand Award, Distinguished Halal Brand Award, Distinguished Everlast Brand Award, Distinguished Consumer Confidence Award, dan Distinguished Quality Product Award.

Antara yang mencuri tumpuan ialah One Doc X Hair Doc di bawah naungan 1 Doc Holding Sdn Bhd, yang merangkul Distinguished Consumer Confidence Award kategori Golden.

Turut menerima pengiktirafan tertinggi ialah Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, yang dinobatkan sebagai penerima Distinguished Conglomerate of the Year Award.

Sementara itu, produk kesihatan terkenal, Kinohimitsu, yang dikendalikan oleh Kino Biotech (M) Sdn Bhd, meraih Distinguished Quality Product Award.

Jenama legenda Ajinomoto, di bawah Ajinomoto (M) Sdn Bhd, pula membawa pulang Distinguished Everlast Brand Award, mengiktiraf ketahanan dan kesinambungan jenama yang terus relevan dalam industri pemakanan lebih dari 60 tahun.

Acara anjuran KNKV Group ini turut mendapat pengiktirafan rasmi daripada Dewan Perniagaan Muslim Insiders, dengan kerjasama CTOS Data Systems sebagai rakan semakan rasmi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai rakan strategik akademik, firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak (HWAM) dan Yayasan Mihrab sebagai rakan kebajikan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kenamaan termasuk Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Negeri Sembilan, Tunku Datuk Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dan YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dengan pendekatan menyeluruh berteraskan ketelusan, nilai Islam dan tanggungjawab sosial, IDEA Award 2025 bukan sekadar malam anugerah, tetapi satu gerakan membina tamadun ekonomi Islam yang mampan dan dihormati di peringkat antarabangsa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This