VOL II: Fakta menakjubkan tentang teh

Dari Penulis

✔ Komponen semula jadi daun teh membantu menjaga kesihatan mulut. Minumlah teh tanpa gula untuk mendapatkan kesan optimum!

✔ Teh menyumbang kepada penghidaratan badan secara keseluruhan, yang penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan tampak berseri.

✔ Minum secawan teh kosong setiap dua hingga tiga jam sehari membantu mengekalkan tahap kecerdasan sambil mengurangkan rasa lesu.

✔ Minum teh hijau (tanpa susu atau gula), bukan air, membantu membakar lebih kalori disebabkan kafeina dalam teh meingkatkan kadar metabolisme

Selain kesan psikologi, teh juga mampu meningkatkan prestasi kognitif. Dr. Eveline De-Bruin membentangkan bukti baru yang menunjukkan bahawa pengambilan teh boleh membantu anda memberi lebih tumpuan dan membaiki kecerdasan subjektif. Mekanisme kajian inilah yang menjadi tumpuan perbincangan semua saintis.

Kajian memperlihatkan mekanisme di sebalik kesan ini yang menunjukkan bahawa selepas mengambil satu dos kuat theanine dan kafeina, dua bahan aktif yang terdapat secara semula jadi dalam teh, rangkaian perhatian otak diaktifkan secara lebih cekap.

Pengaktifan otak ini membolehkan fokus yang lebih baik semasa menjalankan tugas. Manakala, Dr. Lenore Arab, Profesor di David Geffen School of Medicine di UCLA, mendedahkan bahawa pengambilan teh setiap hari berpotensi menurunkan risiko strok iskemia sebanyak 21 peratus.

Strok adalah punca kematian ketiga paling tinggi di Malaysia. Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia menganggarkan terdapat kira-kira 40,000 penghidap strok di Malaysia. Strok juga merupakan penyebab utama kehilangan Upaya fizikal.

Strok iskemia, berlaku apabila saluran darah tersekat, meliputi kira-kira 83 peratus daripada semua kes strok yang dilaporkan.

Dr. Sheila Wiseman dari Institut Teh Lipton, menyokong dakwaan ini dengan hasil kajian yang berbeza, yang menjelaskan bahawa flavonoid teh membantu menenangkan saluran darah.

Keupayaan saluran darah untuk mengembang adalah penting untuk kesihatan system kardiovaskular. Apabila saluran darah tidak boleh relaks dengan betul, risiko penyakit kardiovaskular meningkat.

“Menurut kajian kami dan banyak penyelidikan lain, saluran darah mengembang sejurus selepas pengambilan teh yang kerap,” katanya.

Oleh itu, setiap orang digalakkan untuk mencuba teh sebagai minuman harian mereka. Bukan sahaja sebagai penghilang dahaga malah mampu menenangkan diri.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Integrasi NeuroStream™ Pemangkin Bandar Pintar, Neurovia AI Lantik Rashed Aleghfeli Peneraju Operasi Timur Tengah

SYARIKAT gergasi penyedia teknologi automasi maklumat global, Robo.ai Inc. (NASDAQ: AIIO), secara rasminya mengumumkan pelantikan tokoh korporat terkemuka Emiriah...

More Articles Like This