[DIKEMAS KINI] Seorang maut, 13 cedera dalam nahas 3 kenderaan

Dari Penulis

SEORANG lelaki maut manakala 13 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 9.4, Jalan Machang-Pasir Puteh (Banggol Judah), Machang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Machang, Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata, kejadian kira-kira 11.45 malam itu melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Chevrolet, sebuah Proton Waja dan sebuah Perodua Kancil.

“Siasatan awal mendapati kenderaan pikap Chevrolet dinaiki lima individu dari arah Machang ke Pasir Puteh telah hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Waja dinaiki enam individu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan perlanggaran itu, pemandu Proton Waja meninggal dunia dilokasi kejadian akibat tersepit di dalam kenderaan.

“Perodua Kancil yang berada di belakang Proton Waja dan dinaiki tiga individu termasuk kanak-kanak pula turut terlibat kemalangan itu kerana gagal mengelak dan merempuh kenderaan terlibat,” katanya.

Ahmad Shafiki berkata, mayat dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat, manakala 13 yang cedera dirawat dihospital sama dan Hospital Tanah Merah. Beliau berkata kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Artemis Accords bukan untuk hantar rakyat Malaysia ke bulan

PENYERTAAN Malaysia dalam Artemis Accords bukan bertujuan untuk menghantar rakyat Malaysia ke bulan kerana program itu tidak bertujuan ke...

More Articles Like This