DAP ‘musang berbulu ayam’, rakus bila berkuasa – Neow Choo Seong

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KETUA Penerangan MCA, Neow Choo Seong menyifatkan DAP seperti ‘musang berbulu ayam’ yang rakus apabila berkuasa dan mementingkan diri sendiri, berbeza dengan parti MCA.

Neow berkata, hal itu boleh dilihat apabila Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan dengan angkuh mengeluarkan kenyataan menyuruh MCA keluar daripada Kerajaan Perpaduan hanya kerana tidak tahan dengan MCA yang mengangkat suara rakyat.

Kata Neow, kenyataan Syahredzan itu secara tidak langsung telah membuka topeng dan menunjukkan wajah sebenar DAP sebagai penghasut serta pemecah-belah, semata-mata mahu menguatkan diri sendiri.

“Tepat sekali apa yang pernah diperkatakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Dr Sim Kui Hian beberapa hari lepas, bahawa kestabilan politik berpanjangan di Sarawak disebabkan DAP tidak pernah menjadi sebahagian kerajaan negeri dan parti itu (DAP) memecah-belahkan.

“Saya dan barisan kepimpinan Pemuda MCA juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang terawal membidas Syahredzan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Syahredzan menyarankan agar MCA meninggalkan kerajaan ekoran tindak-tanduk parti itu – khususnya Presiden, Wee Ka Siong – yang disifatkannya menyerang Putrajaya dari semasa ke semasa.

Antara kes yang menjadi contoh Syahredzan ialah tindakan Wee membangkitkan isu silinder gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi.

Ia lantas mengundang reaksi pantas Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal yang mencabar Syahredzan agar membuat usul agar Barisan Nasional (BN) sendiri keluar dari Kerajaan Perpaduan.

Mengulas lanjut, Neow mempersoalkan reaksi DAP yang dilihat terkesan dengan beberapa isu rakyat yang diperjuangkan MCA.

Antaranya, dakwa Neow adalah isu penjualan Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mana KWSP rugi RM500 juta hingga RM700 juta kerana menjual saham dengan harga RM6, kemudian beli balik dengan harga RM11 sesaham.

“Begitu juga dengan isu MyKiosk berharga RM25 ribu seunit, sedangkan di pasaran hanya dijual serendah RM12,500 – RM16,000. Masih banyak kiosk kosong dan terbiar itu juga benar.

“Terbaharu isu tong gas LPG. Sebelum ini peniaga boleh pakai gas RM26.60, sekarang kena pakai RM70. Ini menyebabkan peniaga tiada pilihan menaikkan harga jualan kerana kos operasi mereka meningkat. Kesannya sudah tentulah rakyat selaku pengguna. Ini juga satu realiti dan kebenaran.

“Salahkah MCA membela nasib rakyat? Kalau DAP tak mampu nak membantu rakyat, selesaikan masalah, maka pergilah balik rumah goyang kaki dan tidur. Rakyat ada MCA dan BN. Kami sentiasa mendahulukan rakyat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This