Suami isteri warga emas maut, Kancil dipandu dirempuh Myvi di Temerloh

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEPASANG suami isteri warga emas maut selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki dirempuh sebuah Perodua Myvi dari arah bertentangan di Kilometer 134, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Temerloh, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron memaklumkan, nahas kira-kira pukul 5.25 petang itu mengorbankan Zulkifli Md Yusof, 72, di tempat kejadian.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia selepas tersepit dalam kenderaan.

Menurut Mohd Nasyim, isteri mangsa iaitu Radzuan Mohamad, 67, pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, kira-kira pukul 8.55 malam.

“Cucu pasangan warga emas itu yang berusia 13 tahun pula mengalami kecederaan serius dan kini dirawat di zon merah hospital yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Nasyim memberitahu, kemalangan itu berlaku apabila Perodua Myvi yang dinaiki tiga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan.

Beliau berkata, Myvi itu kemudiannya telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Kancil dinaiki pasangan warga emas itu.

“Tiga individu yang berada dalam Myvi mengalami kecederaan dan sedang dirawat di zon kuning.

“Kedua-dua pemandu tidak mempunyai rekod saman lampu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Terlajak kata buruk padahnya’ – Fahmi beri ingatan kepada Onn Hafiz

"TERLAJAK kata buruk padahnya". Demikian tegas Datuk Fahmi Fadzil kepada Datuk Onn Hafiz susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu menolak...

More Articles Like This