SERAMAI 15 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilaporkan maut selepas bas yang dinaiki mereka terbalik di jalan Jeli – Grik berhampiran Tasik Banding, Perak.
Menurut laporan, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 1.10 pagi apabila pihak Hospital Gerik memaklumkan tentang kemalangan jalan raya berimpak tinggi di kawasan berkenaan.
Pasukan penyelamat daripada Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dengan kekuatan seorang pegawai dan tiga anggota lain-lain pangkat segera dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 2.11 pagi.
Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah bas yang membawa pelajar UPSI terbalik setelah bertembung dengan MPV Perodua Alza.
Dalam perkembangan awal, dua mangsa wanita yang mengalami kecederaan – seorang patah tangan dan seorang lagi cedera di kepala – telah dihantar ke Hospital Gerik pada jam 2.28 pagi dan tiba kira-kira sejam kemudian.
Sementara itu UPSI dalam hantaran Facebook turut mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan buat pelajar yang terbabit dalam kemalangan itu.
“Semoga dipermudahkan segala urusan buat pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

