Premier Sarawak saran ACCCIS jalin kerjasama percepat transformasi Sarawak

Dari Penulis

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyeru Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS) supaya menjalinkan kerjasama lebih erat dengan kerajaan negeri untuk membantu mempercepat pertumbuhan ekonomi Sarawak.

Beliau berkata peluang sentiasa terbuka untuk ACCCIS bekerjasama dengan pelabur, dan kerajaan negeri bersedia memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif mereka.

Bercakap pada Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun ke-60 ACCCIS pada Sabtu, Abang Johari  berkata dasar ekonomi negeri pada masa ini memberi tumpuan kepada kekuatan dalam tenaga mampan, yang bukan sahaja untuk tujuan eksport tetapi turut menjadi tarikan utama kepada para pemain industri.

“Jika mereka ingin menghasilkan sesuatu produk dan memerlukan tenaga, pelabur akan datang ke sini sekiranya kita menawarkan tenaga mampan pada harga yang berdaya saing. Kini, peluang itu sedang menanti kita. Jadi, saya berharap ACCCIS dapat bekerjasama dengan kita,” katanya.

Beliau turut memuji ACCCIS atas sumbangan besar selama enam dekad dalam pembangunan ekonomi Sarawak, serta mengiktiraf kerjasama berterusan mereka dengan pentadbiran negeri sejak 1965.

“Sudah semestinya komuniti perniagaan terdiri daripada golongan yang cekal  dan sentiasa berpandangan jauh dalam usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi seiring peredaran masa,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Presiden ACCCIS Kong Chiong Ung.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This