Mayat mereput dibungkus kanvas disahkan seorang lelaki, identiti belum dikenal pasti

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

POLIS mengesahkan mayat mereput yang dibungkus dengan kanvas dan diikat tali seperti yang tular di media sosial adalah seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitendan Azaharudin Tajudin berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan lemas akibat dijerut dan setakat ini identitinya belum dapat dikenal pasti.

“Pada 18 April lalu, IPD Kuala Selangor menerima panggilan daripada orang awam menyatakan semasa memancing di kawasan tebing batu Pulau Angsa, mereka menjumpai bungkusan berikat berbau busuk yang terdampar.

“Mengesahkan pemeriksaan lanjut oleh pihak forensik PDRM, bungkusan tersebut adalah mayat sudah mereput yang dibungkus dengan kanvas dan diikat dengan tali.

“Mayat telah dibawa ke Bahagian Forensik Hospital UITM Puncak Alam untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azaharudin berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan lemas akibat dijerut di leher.

“Setakat ini identiti mangsa belum dapat dikenal pasti. Pihak polis telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau terus berhubung dengan pegawai penyiasat kes ASP Khairol Hiysham Shamsudin di talian 03-3289 1222,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This