Malaysia sebagai Pengerusi SOME ke-43 komited pastikan keselamatan tenaga serantau

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MALAYSIA sebagai Pengerusi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Tenaga ASEAN (SOME) ke-43 menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan keselamatan tenaga serantau, menggalakkan inovasi teknologi dan memajukan penyelesaian tenaga mampan.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya telah berjaya menganjurkan enam mesyuarat tenaga peringkat tertinggi di Hotel Sheraton, Kuching.

Jelas PETRA, ia menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam memperkukuh kerjasama tenaga serantau di bawah kepemimpinan Malaysia selaku Pengerusi SOME ke-43.

PETRA memaklumkan, mesyuarat-mesyuarat itu telah menghimpunkan wakil daripada Negara- Negara Anggota ASEAN, Rakan Dialog dan Organisasi Antarabangsa termasuk Australia, China, Jepun, Rusia, Amerika Syarikat, Asian Development Bank (ADB), International Energy Agency (IEA) dan International Renewable Energy Agency (IRENA).

Menurut PETRA, ia bagi membincangkan keutamaan tenaga serantau yang selari dengan ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC) Fasa II (2021–2025).

“Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkukuh perkongsian strategik, penjajaran dasar, serta membangun strategi yang praktikal demi merealisasikan aspirasi bersama ASEAN ke arah masa depan tenaga yang lebih bersih dan berdaya tahan,” jelas PETRA.

Mengulas lanjut, PETRA memaklumkan, Hasil utama daripada konsultasi itu merangkumi Mesyuarat East Asia Summit Energy Cooperation Task Force ke-30.

Jelas PETRA, perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kecekapan tenaga, pembangunan biofuel mampan dan peluasan tenaga boleh baharu, dengan sumbangan bernilai daripada rakan dialog termasuk Australia, China, Jepun, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat.

Selain itu, PETRA memberitahu, Konsultasi SOME-METI ke-26 yang mana Malaysia dan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun (METI) meneliti projek kerjasama sedia ada yang sedang dilaksanakan di bawah ASEAN-Japan Energy Efficiency Partnership (AJEEP) dan pelbagai inisiatif rendah karbon yang lain.

Kata PETRA, konsultasi itu turut menyediakan landasan bagi pembangunan kerangka APAEC bagi tempoh 2026–2030.

“Di samping itu, Dialog Tenaga ASEAN-ADB ke-3. Kemajuan ketara dicapai dalam pelaksanaan inisiatif ASEAN Power Grid, dengan ADB membentangkan pelan kerja bagi tahun 2025– 2026 yang memberi tumpuan kepada peralihan tenaga dan pembangunan infrastruktur mampan melalui rangka kerja pembiayaan inovatif.

“Selain itu, Konsultasi SOME-Rusia ke-16 Mengenai Tenaga. Mesyuarat ini menyaksikan pelancaran projek ASEAN-Russia Capacity Building on Energy Statistics (ARCS), di samping meneroka potensi kerjasama dalam sektor minyak, gas dan tenaga nuklear. Mesyuarat ini turut memulakan perbincangan awal untuk merangka pelan kerjasama tenaga baharu bagi tempoh 2026–2028,” kata PETRA.

PETRA menambah, Konsultasi SOME-Amerika Syarikat ke-16 Mengenai Tenaga yang mana konsultasi memberi tumpuan kepada penyahkarbonan dan tenaga boleh baharu, dengan para delegasi mengambil maklum kemajuan yang telah dicapai di bawah ASEAN-U.S. Energy Cooperation Work Plan semasa, khususnya melalui Smart Power Programme dan kajian kesalinghubungan grid kuasa, serta membincangkan pembangunan infrastruktur keselamatan LNG di peringkat serantau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pembatalan kontrak peluru berpandu Norway: Kerajaan kemuka tuntutan RM1.06 bilion

KERAJAAN telah mengemukakan Notice of Demand (NOD) kepada firma Konsberg Defence & Aerospace AS (KDA) melibatkan tuntutan berjumlah 226.13...

More Articles Like This