NGO, ahli politik minta polis siasat tulisan Yusoff Rawther didakwa pro Israel

Dari Penulis

TULISAN Muhammad Yusoff Rawther yang didakwa menyokong Israel terus menerima tentangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik negara ini.

Hari ini sekumpulan enam NGO dan ahli politik membuat laporan polis terhadap Muhammad Yusoff dan meminta pihak polis melakukan siasatan ke atas tulisan beliau ‘One Malaysian, Standing with Israel’.

Ketua Cabang KEADILAN Batu, Asheeq Ali Sethi Alivi berkata, kerajaan tidak boleh bertolak ansur terhadap Muhammad Yusoff yang didakwa sesetengah pihak sebagai membawa agenda Israel ke negara ini.

“Kita tidak menuduh secara sembarangan. Jika dakwaan tersebut benar, maka ia wajar diambil tindakan sewajarnya.

“Kita tidak boleh berkompromi dengan mana-mana individu yang menyokong agenda rejim Israel,” seperti dilapor Portal Suara Keadilan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ahli Sekretariat Nadi Gemilang Amal, Dzul Hilmi Zainol mendakwa, tulisan Muhammad Yusoff masih boleh diakses di laman web pro Israel dan terus mencoreng nama baik Malaysia di mata dunia Islam.

“Kenyataan yang dibuatnya itu masih boleh diakses dan dibaca umum di dalam portal media antarabangsa Israel sehingga hari ini.

“Kami berharap PDRM menjalankan siasatan yang menyeluruh dan tuntas terhadap Muhammed Yusoff,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita ditahan selepas benarkan anak keluar kepala melalui sunroof

SEORANG wanita ditahan selepas membenarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bumbung bukaan atau sunroof ketika kereta sedang bergerak,...

More Articles Like This