ISTERI kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg meninggal dunia awal pagi ini.
Allahyarhamah Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.34 pagi di Pusat Perubatan Normah, pada usia 76 tahun.
Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman memaklumkan, majlis penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek, Petra Jaya, bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.
“Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

