DUA lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka merempuh lori muatan baja di Kilometer 253 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan dekat Kuala Kangsar, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pemandu berusia 25 tahun serta penumpang berumur 22 tahun tersepit dalam kenderaan itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.51 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dengan bantuan BBP Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian.
“Anggota bomba melaksanakan ‘size-up’ seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit,” katanya dalam kenyataan.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat kira-kira dua jam kemudian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

